Ulama seluruh negara berhimpun sempena 70 tahun PAS

- Advertisement -

Oleh ASLANI M

KUALA NERUS:
Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 turut menghimpunkan guru-guru dan pelajar pondok dari seluruh negara, bagi mengimbau sejarah penglibatan ulama bersama PAS.

Program tersebut yang mengundang kira-kira 350 ulama-ulama pondok diadakan di Kompleks Tarbiah Darul Taqwa Batu Enam pagi ini.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, program tersebut diadakan bagi mengimbau kembali penglibatan ulama bersama pada awal penubuhan PAS sehingga sekarang.

- Advertisement -

Katanya, ulama memain peranan penting sehingga lahir PAS pada 1951 sehingga menjadi sebahagian daripada kompenan kerajaan Persekutuan sekarang.

“Ijtimak pondok dan tok-tok guru pondok mengundang wakil-wakil pondok dari seluruh negara. Pada ijtimak ini dua kertas kerja dibentang,” katanya ketika ditemui pada pada program tersebut.

Pembentangan kertas kerja ijtimak kali ini oleh Wakil Pertubuhan Muafakat Pondok Malaysia Senator Dato Ahmad Yahaya.

Selain itu kertas kerja kedua disediakan Institut Kajian Islam Dewan Ulamak PAS Pusat dijangka dibentang ketua Dewan Ulamak Dr Nik Zawawi Salleh.

Kemuncak program tersebut ucapan perasmian oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mohd Asri juga berkata, penglibatan ulama bersama PAS tidak mampu dinafikan lagi, sehingga PAS muncul pada kedudukan sekarang. – HARAKAHDAILY 12/12/2021

- Advertisement -