Jangan biarkan kemungkaran bermaharajalela

- Advertisement -

MENYURUH kepada kebaikan dan melarang kemungkaran adalah sebahagian daripada sunnah Nabi S.A.W.

Setiap Muslim berperanan untuk menasihati anggota masyarakat yang lain melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada kejahatan dan kemungkaran.

- Advertisement -

Kebaikan beberapa individu sahaja tidak menyelamatkan manusia daripada azab Allah di dunia. Ini kerana azab Allah tetap akan diturunkan jika kemungkaran dan maksiat berleluasa tanpa ada usaha mencegahnya, walaupun di dalam masyarakat masih ada orang-orang yang soleh. Hal ini disebut dalam Hadis Nabi S.A.W:

إِنَّ اللهَ لاَ يُعَذِّبُ الْعَامَةَ بِعَمَلِ الْخَاصَةِ حَتَّى يَرَوْا الْمُنْكَرَ بَيْنَ ظَهْرَانِيْهِمْ وَهُمْ قَادِرُوْنَ عَلَى أَنْ يُنْكِرُوْهُ فَلاَ يُنْكِرُوْهُ فَإِذَا فَعَلُوْا ذَلِكَ عَذَّبَ اللهُ الْعَامَةَ وَالْخَاصَةَ

“Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa masyarakat umum kerana perbuatan orang-orang tertentu hingga masyarakat umum melihat kemungkaran di hadapan mereka sedang mereka mampu mengingkarinya tetapi mereka tidak mengingkarinya. Jika mereka berbuat demikian maka Allah akan menyeksa masyarakat umum dan orang-orang tertentu itu.”

[Riwayat Ahmad (17720). Syeikh Syu‘aib al-Arna‘ut menyatakan Hadis ini hasan lighairihi]

Jika kita melihat kemungkaran yang berlaku di hadapan kita, cegahlah dengan kemampuan yang kita ada. Jangan sesekali biarkan ia berlaku seolah-olah apa yang dilakukan itu bukan dosa dan maksiat kepada Allah S.W.T.

Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dan jauh daripada azab Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/12/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/461260152227697/

- Advertisement -