Rumah Pengeringan Pintar mesra alam, hasil produk berkualiti

- Advertisement -

PETANG semalam saya merasmikan Projek Rintis Pemerkasaan Teknologi Hijau iaitu Rumah Pengering Solar (I-Sun Dryer) dengan usaha sama Sahabat Alam Lestari Parit Buntar dan Advance Mechanics Research Group, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM.

- Advertisement -

Teknologi Hijau i-Sun Dryer adalah rumah pengering pintar yang dilengkapi sistem IoT (Internet of Things) seiring dengan revolusi industri ke-4 (IR4.0).

Sistem dan rekabentuk mesra alam ini adalah satu inisiatif bagi kelangsungan kelestarian jangka panjang.

Inovasi ini secara amnya mentransformasikan kaedah pengeringan tradisional secara terbuka kepada penggunaan (Rumah Pengeringan) berkuasa solar yang menepati ciri-ciri teknologi hijau. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, YB Dato’ Abdul Yunus Jamhari, Rektor Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang Ybhg. Prof Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Ketua SIG Advance Mechanics Research Group UiTM, Ybhg. Prof. Ts. Dr. Sh. Mohd Firdaus Sh. Abdul Nasir, Ahli Majlis Daerah Kerian, Tuan Haji Mohd Hayat Mokhtar, dan Pengerusi Sahabat Alam Lestari, Encik Saiful Amir Yusof.

Saya berbesar hati dengan inovasi yang boleh meningkatkan kepekaan terhadap masyarakat dan memberi impak yang sangat baik terhadap kelestarian alam, pembangunan sains teknologi hijau seiring dengan kepesatan teknologi terkini. Selain itu, projek rintis ini dapat memberi impak terhadap ekonomi setempat dalam penghasilan produk.

Antara ciri-ciri rumah berkeluasan 20 x 17 kaki bahagian pengeringan mampu menghasilkan ikan kering 150-300 kg sehari dengan kos rumah pengering sebanyak RM50,000 termasuk kelengkapan sistem IoT.

Sistem mesra alam ini tidak menggunakan bahan api sebagai kaedah pembakaran dan reka bentuk lantai istimewa untuk menyimpan haba lebih lama serta reka sistem penimbang untuk memudahkan pengusaha menentukan kadar pengeringan dengan tepat bagi menjaga kualiti produk.

YB MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak – HARAKAHDAILY 1/12/2021

- Advertisement -