Royalti: Cadangan tubuh JK Bebas disokong

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengambil maklum atas kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Senator Menteri Kewangan berkaitan royalti petroleum untuk negeri Semenanjung Malaysia.

- Advertisement -

DPPNT juga mendesak agar Royalti yang menjadi hak Negeri Terengganu dan negeri-negeri yang terlibat dapat dibayar secara terus oleh PETRONAS dan bukannya wang ehsan yang dibayar melalui Kementerian Kewangan dengan jumlah yang jauh berkurangan jumlahnya. 

Justeru itu, DPPNT menyokong penuh cadangan dari Timbalan Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man agar Kerajaan Persekutuan menubuhkan jawatankuasa khas yang bebas bagi membincangkan isu berkaitan pembayaran royalti kepada negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Isu royalti ini bukanlah isu baru dan ianya sudah berpanjangan tanpa ada penyelesaian tuntas oleh pihak yang berwajib. DPPNT berharap dengan adanya jawatankuasa khas yang ditubuhkan nanti hak royalti negeri-negeri dapat dibayar sebagaimana termaktub.

Demi masa depan anak cucu rakyat di negeri ini, Pemuda PAS Terengganu mendesak agar royalti petroleum Negeri Terengganu juga dibayar secara tulus berdasarkan Akta Petroleum 1974 setelah ianya diubah kepada wang ehsan hanya kerana PAS menjadi kerajaan di negeri ini pada tahun 1999. 

USTAZ MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Terengganu – HARAKAHDAILY 29/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/photo/?fbid=272531874916659&set=a.231734555663058

- Advertisement -