PRN Sarawak: GPS sudah lama bersedia

- Advertisement -

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi  Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Dis ini.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat bukan hanya dilaksanakan semasa musim pilihan raya sebaliknya berterusan dan sepanjang masa.

- Advertisement -

“Tarikh sudah diumumkan dan kita akan terus bekerja sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang diumum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan 6 Dis ini sebagai hari penamaan calon dan 18 Dis hari pengundian. – BERNAMA

- Advertisement -