PAS Putatan prihatin cegah Covid-19 di sekolah

- Advertisement -

Oleh NURSAM MOHAMMAD

PUTATAN:
Pembukaan sekolah dengan pembelajaran secara bersemuka memerlukan banyak keperluan untuk langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan guru dan pelajar.

Sehubungan itu, PAS kawasan yang prihatin dengan Langkah pencegahan wabak Covid-19 turun ke sekolah-sekolah dalam Parlimen Putatan mengagihkan sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer.

- Advertisement -

Agihan kelengkapan pencegahan wabak itu diserahkan kepada pihak sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Petagas, Sekolah Kebangsaan Kampung Contoh dan Sekolah Kebangsaan Putataan, baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan itu diketuai oleh Ketua Ameerah Putatan, Isabariah Ismail bersama beberapa sukarelawan bantuan.

Isabariah berkata sumbangan itu sebagai persediaan para pelajar kembali ke sekolah dalam menitikberatkan usaha meningkatan keselamatan daripada wabak Covid-19.

“Sudah pasti sempena pembukaan sekolah dan pembelajaran secara bersemuka ini guru dan pelajar terdedah dengan jangkitan Covid-19. Oleh itu, kami berfikir keperluan face mask dan hand sanitizer ini sangat-sangat diperlukan di sekolah-sekolah.

“Kita perlu bersama-sama memastikan sekolah sentiasa mengikut SOP yang diberikan oleh pihak berkuasa. Semoga guru dan pelajar terhindar daripada wabak Covid-19 ini,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 23/11/2021

- Advertisement -