Seruan terbuka kepada rakyat Melaka

- Advertisement -

Pilih calon yang berintegriti, bersih dan bebas rasuah

KONGRES Rakyat mengikuti dengan dekat Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang akan diadakan pada hari Sabtu, 20 November 2021.

Secara asasnya, Kongres Rakyat berpendapat PRN Melaka tidak sepatutnya diadakan semata-mata untuk memenuhi kehendak politik mereka yang berkepentingan dan bernafsu besar untuk merebut kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Ditambah pula dengan situasi semasa Covid-19 yang masih lagi tinggi dan menimbulkan kebimbangan rakyat untuk keluar mengundi.

- Advertisement -

Bagaimanapun disebabkan pilihan raya terpaksa juga diadakan, Kongres Rakyat menyeru kepada rakyat negeri Melaka agar:

  1. Bersama-sama menunaikan tanggungjawab keluar mengundi dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya.
  2. Menolak empat orang bekas ADUN yang telah menyebabkan politik negeri Melaka berada dalam keadaan kucar-kacir dan PRN terpaksa diadakan.
  3. Menolak calon-calon BN sebagai signal bahawa rakyat tidak bersetuju RM100 juta dibazirkan untuk memenuhi kehendak bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Razak. Beliau merupakan Penasihat BN kini.
  4. Menolak Pakatan Harapan (PH) kerana ternyata telah gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU14 setelah berkuasa selama 22 bulan.
  5. Menyeru rakyat memilih calon-calon yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah yang bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN), di samping menyokong seorang wanita sebagai calon Ketua Menteri pada kali ini.

PRN Melaka menyusuli PRN Sabah
Rakyat Melaka mampu merubah

Pengerusi Kongres Rakyat 2.0
19 November 2021 – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -