Pengundi Melaka perlu berani buat perubahan

- Advertisement -

MASJID TANAH: Pengerusi Sidang Assabiqun PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyeru pengundi di negeri Melaka berani membuat perubahan memilih pemimpin pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka esok.

Katanya, inilah masanya untuk rakyat negeri Melaka membuat perubahan dengan memilih calon-calon daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, calon-calon PN berintegriti, bersih dan berwibawa sebab itu pengundi terutama anak-anak muda dan golongan pertengahan wajar memilih calon daripada PN.

- Advertisement -

“Saya harap pengundi muda, pertengahan dan golongan veteran dapat memberikan undi dan sokongan kepada calon-calon PN.

“Calon-calon PN adalah pilihan terbaik kerana dalam gabungan PN ada calon daripada PAS yang susah terbukti tidak terlibat dengan rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Tambah beliau, sudah terbukti PAS menjadi kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat dan ianya sudah terbukti di Kelantan dan Terengganu.

Datuk Mahfodz bersama saf kepimpinan Assabiqun PAS Pusat telah mengadakan sesi ziarah bekas AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Jalaludin Abdul Wahid di Kampung Sungai Udang. – HARAKAHDAILY 19/11/2021

- Advertisement -