Rakyat Melaka tiada sebab lagi terus undi…

- Advertisement -

Oleh M FAQIH

AGAK
mengejutkan apabila poster dua pemimpin utama gabungan parti yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) agak sukar ditemui di Melaka selain Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sedangkan pada mana-mana pilihan raya sebelum ini poster pemimpin utama dipasang di setiap ceruk. Setidak-tidaknya kehadiran poster mereka boleh membantu kempen calon.

Ramai orang tahu kedua-dua pemimpin terbabit begitu akrab. Biarpun berlainan parti, mereka ada hubungan. Sebelum ini pun tersebar audio berkaitan. Isu itu lama diperdebatkan.

Mungkinkah ketiadaan poster tersebut sebagai satu strategi ‘ketika perang saraf’. Situasi itu menimbul tanya penduduk tempatan, ia seperti segan muncul di Melaka.

- Advertisement -

Stategik menyembunyikan poster dua pemimpin utama tersebut menyebabkan muncul pelbagai persepsi. Ia bertentangan dengan strategi perang konvensional.

Namun harus ingat. Ada pihak mengandaikan ia kaitan dengan isu lain terutamanya soal integriti. Itu isu yang berlegar di Melaka sekarang.

Menyalahi peraturan

Sebaliknya, berbeza pula dengan poster bekas ketua menteri (CM). Boleh ditemui di merata tempat poster Adly Zahari. Poster Adly ditemui bukan sahaja di lokasi dia bertanding.

Namun strategi melambak poster calon CM seperti tidak kena pula. Ia dianggap bertentangan peraturan pilihan raya.

Ia diakui Pengarah Operasi PAS PRN Melaka Dr Wan Nik Wan Yussof. Katanya, lambakan poster calon CM di luar kawasan dia bertanding menyalahi peraturan pilihan raya.

Ini kerana poster calon terlibat hanya dibenar dipasang di tempat mereka bertanding sahaja. Poster yang dipaparkan tersebut iaitu #Adly My CM. Ia banyak tergantung di tepi-tepi jalan.

Apakah ia sebagai saraf seolah-olah ‘memaksa’ rakyat Melaka memilih semula bekas CM PH.

Apa kata penduduk tempatan terhadap strategi PH itu. Ada yang kata PH terlalu ghairah sehingga mahu memaksa rakyat mengulangi kegagalan 22 bulan ketika PH mentadbir Melaka sebelum ini.

Strategis PH teryata bijak sini. Tahukah strategis PH. Taktik serupa pernah digunakan Umno Kelantan sebelum ini. Ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sepanduk Dr Awang Adek sebagai calon menteri besar Kelantan digantung di banyak tempat.

Ketika itu bekas ketua Umno Bachok tersebut bertanding kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupuk. Namun apa jadinya. Akhirnya Awang Adek gagal kedua-dua kerusi tersebut.

Sekarang PH mengulangi taktik serupa di Melaka. Apakah PH seperti ketandusan idea. Persoalan lain pula muncul, mengapa hanya Adly dijulang begitu rupa. Di mana aura Mohamad Sabu, Anwar atau Guan Eng sebagai taruhan.

Apa pun Adly seorang pemimpin tempatan. Jasanya hanya rakyat Melaka yang tahu. Antaranya isu longkang tersumbat tidak selesai sehingga sekarang.

Kesannya air melimpah ke jalan raya dan rumah penduduk. Banjir kilat melanda banyak lokasi baru-baru ini. Antara kawasan yang terlibat jalan Ayer Keroh lama, jalan Krubong, Bukit Beruang, Batu Berendam Kampung Sungai Putat dan Bemban di Jasin.

Di tengah-tengah isu banjir kilat, Adly muncul lagi dengan misi #My CM. Beliau berusaha mempertahan kerusi Dun Bukit Katil, ketika isu longkang tersumbat belum selesai.

Dun itu menyaksikan pertembungan empat penjuru. Ia melibatkan calon PN, BN, PH dan Bebas.

Dun tersebut mempunyai 27,074 pengundi, dengan majoriti penduduknya Melayu. Terdapat lapan Daerah Mengundi iaitu Bukit Beruang, Padang Jambu, Bukit Baru Dalam, Paya Ikan, Bukit Pulau, Kampungku Sayang, Taman Tun Rahah dan Bukit Katil.

Adly My CM

Apakah strategi #Adly My CM memberi ruang pula BN mengulangi sejarah lama. Apa yang pasti ia tidak semudah itu.

Namun, ia setidak-tidaknya mencacatkan gerak kerja kempen Umno dan BN. Ditambah pula kedengaran penolakan akar umbi Umno terhadap calon-calon baharu.

Cawangan Umno tidak kenal siapa mereka. Suara tidak puas di peringkat cawangan jelas kedengaran. Strategi menampilkan 24 muka baru, rupa-rupanya tidak ke hilir, tidak juga ke hulu.

Antara yang tidak tersenarai Ketua Wanita Umno Melaka, Latipah Omar. Sebaliknya diganti Setiausaha Wanita Umno Melaka Kalsom Nordin di Dun Pengkalan Batu.

Sedangkan sebelum ini difahamkan Wanita Umno mengemukakan enam nama untuk diketengahkan. Usaha untuk membetulkan kegusaran itu sudah terlambat. Hanya sehari lagi tempoh kempen berbaki.

Biarpun ada kecederungan media menobatkan Umno/BN menang di 13 kerusi, dan PH pula 5 kerusi, namun analisis itu mungkin belum menyeluruh.

Data PRU lepas menjelaskan kerusi BN menurun ketara. Pada PRU13 BN menang di 21 kerusi, manakala PRU14 pula 13 kerusi. Kemerosotan 8 kerusi dalam tempoh lima tahun, sesuatu yang besar.

Kalau diambil kira trend menurun BN sekarang, jumlah kerusi yang ada sekarang pun sukar dipertahannya. Kita harus ingat ketika kempen PRU14, BN total kuasai kerajaan negeri, namun sekarang tidak lagi.

Kesimpulannya pilihan yang sekarang hanya tinggal Perikatan Nasional (PN). Begitukah begitu. Rakyat Melaka ada jawapannya Sabtu ini. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

- Advertisement -