PAS Lahad Datu bantu mangsa kebakaran

- Advertisement -

Oleh IZZAN FAHMI

LAHAD DATU:
PAS Lahad Datu menyerahkan sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak seminggu lalu kepada mangsa kebakaran Kampung Burung di sini.

Sumbangan bakul makanan dan dapur memasak telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Nizam Latuah kepada keluarga yang terlibat.

- Advertisement -

“Diharap dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa,” ujarnya.

Beliau menyeru mana-mana parti politik atau NGO kebajikan, turut membantu mangsa kerana hampir semua keperluan mereka telah musnah.

Beliau juga berpesan kepada masyarakat supaya sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling terutamanya faktor keselamatan di rumah.

Ini, ujarnya kerana jika berlaku musibah seperti itu, menyelamatkan nyawa perlu diutamakan berbanding perkara lain.

Menurut seorang mangsa, kebakaran itu berpunca daripada penghuni yang terlupa untuk menutup api selepas memasak, menyebabkan api merebak di ruang dapur sehingga tidak terkawal dan memusnahkan rumah mereka.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku pada 4 November lalu melibatkan sebuah rumah kongsi satu tingkat telah menyebabkan lima buah keluarga kehilangan tempat berteduh. – HARAKAHDAILY 11/11/2021

- Advertisement -