Harap PAS diberi peluang bertanding PRN Sarawak

Sarawak
- Advertisement -

PORT DICKSON: Pemuda PAS Negeri Sarawak berharap agar PAS diberi peluang bertanding pada PRN Sarawak akan datang atas semangat Keluarga Malaysia, demikian kata Perwakilan Pemuda PAS Sarawak, Sahrul Khair Osman.

Menurut, PAS telah berada dalam masyarakat negeri itu kesan dari agenda perpaduan yang digagaskan dan atas gerak kerja kebajikan telah diadakan antaranya melalui Jabatan Amal Malaysia Negeri Sarawak.

Beliau mengimbas perpaduan dibuat Rasulullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar di mana kemudiannya diikuti kaum bukan Islam dan bersedia berada di bawah pemerintahan Islam di mana dilihat menyelesaikan banyak masalah mereka.

Pemuda PAS katanya, perlu sentiasa menjadi pemacu perpaduan dengan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional sebagaimana telah dilaksanakan PAS dan Umno hingga mempengaruhi politik nasional.

“Kita menolak usaha-usaha merungkai tonggak-tonggak penting negara dalam Perlembagaan seperti kepentingan Islam dan lain-lain,” ujarnya mengimbas kejayaan dari hasil penyatuan yang diadakan.

Beliau berucap dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-62 di Corus Paradise Resort, di sini sebentar tadi.

Jabatan Amal Malaysia Sarawak ujarnya, telah memainkan peranan terhadap agenda kebajikan masyarakat semasa awal penularan COVID-19 berlaku antaranya untuk petugas barisan hadapan negara dan penduduk tempatan.

Menurut beliau, usaha ditunjukkan Jabatan Amal itu telah mendapat pujian pelbagai pihak termasuk daripada Jabatan Kesihatan selain masyarakat yang menerima sentuhan kebajikan badan amal ini.

Mengharap usaha telah digerakkan akan terus berlangsung tanpa henti dan PAS kelak akan diterima untuk pertanding di PRN Sarawak akan datang sesuai semangat Keluarga Malaysia ketika ini. – HARAKAHDAILY 30/10/2021

- Advertisement -
- Advertisement -