Galak anak muda cebur perniagaan

- Advertisement -

PORT DICKSON: Pemuda PAS diharap terus memainkan peranan mengemukakan cadangan konstruktif ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara terutama berkaitan pembangunan ekonomi anak muda.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Muhammad Hafis Alias turut menyatakan sokongan supaya insentif pengecualian cukai perniagaan belia dapat diadakan supaya membantu anak muda.

Menurut beliau, ramai anak muda terkesan pendapatan dan pekerjaannya akibat pandemik COVID-19 di mana akhirnya memilih untuk berdikari menjadi usahawan ataupun berniaga.

“Sekarang ini banyak orang-orang kita di dalam kerajaan, boleh menyampaikan satu cadangan yang baik kepada kerajaan untuk menyediakan insentif sebegini kepada anak muda.

“Selain itu kita ada agensi-agensi pemberian modal perniagaan yang sedia ada di dalam kerajaan sepertimana TEKUN Nasional, MARA dan sebagainya. Jadi Ketua Pemuda Kawasan-kawasan perlu ambil peluang sebegini.

“Bukan ambil peluang pergi minta sendiri, tak. Buka peluang kepada anak-anak muda. Berikan kepada mereka. Macam kami di Pulau Pinang, kami ada insentif-insentif zakat bantuan ekuinas perniagaan.

“Kita himpun seramai mungkin anak muda mohon benda itu, mohon itu jadi modal perniagaan kepada anak muda. Daripada mereka buat pelbagai ekonomi gig lainnya. Grabfood, Tapau food, FoodPanda dan sebagainya, yang ini memang minat baru anak muda dalam bekerja.

“Bukan kata minat sangat depa, kadang-kadang tengah-tengah panas siapa yang nak buat kerja tengah panas lagu ini? Tapi tak ada pilihan masa zaman macam ini, terpaksa depa ini pergi kerja Tapau Food, Grab Food dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berharap agar anak muda dapat dibantu terlibat dalam perniagaan dan memperkembangkan perniagaan. – HARAKAHDAILY 30/10/2021

- Advertisement -
- Advertisement -