Muslimat perlu berpegang teguh dengan Al-Quran, As-Sunnah

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Muslimat PAS diseru agar sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan bernaung di bawah kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idris berkata muslimat mesti berusaha memiliki sifat mahmudah sebagai pedoman hidup.

- Advertisement -

“Perjuangan memartabatkan Islam ini susah, oleh itu jalankanlah tanggungjawab dengan kefahaman berdasarkan jalan dakwah yang ditinggalkan Nabi Muhamad SAW, melalui pendidikan, pentarbiahan dan pemantapan ilmu agar dapat melahirkan para jundullah yang mempunyai kesatuan fikrah, istiqamah serta gerak kerja yang berkesan,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri ke-32 yang berlangsung di Pusat Pengajian Darul Hadis, di sini, kelmarin.

Beliau kemudiannya melancarkan dana bangunan Saidatina Aisyah milik Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.

Pembinaaan bangunan itu adalah untuk kegunaan pendidikan, tarbiyh, dakwah dan gerak kerja parti.

Inisiatif itu turut menerima pujian daripada Pengerusi Lajnah Pendidikan, Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr Azimah Ibrahim yang turut hadir menyampaikan ucapan sebagai wakil DMPM.

“Semoga terbina megah bangunan Saidatina Aisyah di Pulau Pinang,” ujarnya lagi.

Pada muktamar tersebut, Maziah Khamis dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS negeri sesi 2021-2023 manakala Ustazah Hasanah Idris dan Dr Siti Mastura Mohamad sebagai timbalan dan naib. – HARAKAHDAILY 25/10/2021

- Advertisement -