Mesyuarat Agung Pemuda PAS Sandakan secara bersemuka, hibrid

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Dewan Pemuda PAS Sandakan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 secara bersemuka dan dalam talian, semalam.

Pengarah program, Yadzlan Yahya berkata penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pemuda kali ini diadakan secara hibrid kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pihak berkuasa tempatan yang membenarkan perkumpulan ramai 50 peratus mengikut kapasiti tempat.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Pemuda, Ramlan Pandi dalam ucapannya menyeru pemuda sentiasa melakukan kerja dengan penuh efisyen dan berkredibiliti bagi melahirkan pemuda yang berkualiti mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang semakin hampir.

Mesyuarat agung itu turut dihadiri Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid sekali gus turut memberikan kata-kata motivasi buat kepimpinan Pemuda kawasan.

Mesyuarat Agung kali ini telah memilih muka baharu dalam kepimpinan Pemuda PAS Sandakan iaitu Noorman Azman dan Shamsudin Iberahim masing-masing memegang jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pemuda.

Sementara Ramlan mengekalkan jawatan ketua pemuda. – HARAKAHDAILY 11/10/2021

- Advertisement -