Rentas negara tidak perlu MyTravelPass mulai esok – PM

- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara diberikan kebenaran tanpa perlu melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), berkuat kuasa, esok.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, kebenaran ini hanya tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin.

“Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan MyTravelPass unutuk rakyat kita yang ingin ke luar negara, bermakna sesiapa sahaja warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk untuk aktiviti pelancongan.

“Kalau dulu untuk yang rasmi sahaja tetapi sekarang untuk aktiviti bukan rasmi, pelancongan dan sebagainya dibenarkan.

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan,” katannya dalam sidang media khas, menerusi siaran langsung beberapa stesen TV, sebentar tadi.

Sebelum itu, Ismail memaklumkan mereka masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu katanya, di sebalik semua kelonggaran yang diumumkan, hakikatnya rakyat terpaksa hidup bersama Covid-19.

Jelasnya, situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.

“Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi,” tambah Ismail. – HARAKAHDAILY 10/10/2021

- Advertisement -