Lebih RM10 juta diperuntuk untuk Dapur It’am

- Advertisement -

MASJID dan surau diharap menjadi tempat untuk kita bersosial dan pemudahcara kepada masyarakat. Kita terjemahkan sungguh-sungguh makna Hablumminallah wa Hablumminannas (jaga hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia). Sebelum ini kita ada Gerobok Rezeki, hari ini kita lancarkan pula Dapur It’am 6.0. Alhamdulillah. 

Program Dapur It’am ini merupakan program agihan makanan tengah hari yang akan diedarkan kepada golongan yang disasarkan dalam kalangan penduduk terpilih di Projek Perumahan Rakyat dan Awam (PPR/PPA), B40, asnaf dan petugas barisan hadapan yang disediakan oleh petugas masjid dan surau.

- Advertisement -

Bagi pelaksanaan program ini, peruntukan sebanyak RM10,710,000 diberikan kepada 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Proses agihan ini akan dilakukan setiap Isnin hingga Ahad bermula 4 Oktober 2021 hingga 6 Mac 2022 mengikut SOP yang ditetapkan. Insya-Allah.

Saya harapkan dengan jawatan saya kini, saya bersama agensi-agensi Islam boleh berusaha untuk meringankan kesusahan orang lain. Sekurang-kurangnya atas meja rakyat kita mesti ada makanan. Marilah kita hayati hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad:

ليس المؤمن الذي يشبع، وجاره جائع الى جنبه 

“Bukanlah orang yang beriman jika dia kenyang, sedangkan jiran sebelahnya lapar”

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 4/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064749544314/posts/228951985939785/

- Advertisement -