‘Jaga tepi kain’ mampu kekang gejala sosial

- Advertisement -

KASIH sayang ibu bapa serta perhatian keluarga menjadi kekuatan kepada 95 penghuni secara sukarela di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Pengkalan Chepa ini. 

Semuanya berumur di bawah 25 tahun dan ramai juga yang masih di bangku sekolah. Saya mengambil masa berbual dengan sebahagian mereka ini, sihat dan segak, ceria. Sikap ‘menjaga tepi kain’ sebenarnya mampu mengekang gejala sosial dalam kejiranan dan masyarakat. 

Ambil tahu dan cakna aktiviti yang mencurigakan, kenali ini anak siapa dan itu anak siapa. Sayangi dan belai generasi muda kita.

- Advertisement -

Sebanyak RM20,000 disumbangkan petang semalam bagi memulakan tanaman fertigasi secara kecilan sebagai pendedahan dan tambahan aktiviti untuk anak-anak di sini.

Terima kasih kepada Puan Pengarah PUSPEN Kota Bharu, Siti Rugayah binti Ismail, kawan lama saya di bangku sekolah dan tidak lupa kepada Puan Rahayu Ahmad, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan yang kerap kali kami adakan program bersama sebelum ini bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu membanteras penyalah gunaan dadah. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada kami untuk turut bersama dalam usaha yang murni ini. Jazakallahu khairan.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 4/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/watch/?v=395572218782687

- Advertisement -