Kecam pemain badminton negara sikap melampau

- Advertisement -

KITA keluarga besar Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik, agama yang datang dari berbagai negeri.

Masing-masing menyumbang bakti kepada negara mengharumkan nama negara yang sepatutnya sebagai satu keluarga kita beri sokongan, dorongan dan berterima kasih. 

- Advertisement -

Tidak selalu kita akan berjaya. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Kita seharusnya hadapinya sebagai satu keluarga yang bersatu padu.

Macam dalam keluarga kita sendiri, anak-anak, abang, kakak. Kalau gagal setelah berusaha sebaik mungkin, tidakkah kita peluk, tenangkan dan berikan kata-kata semangat? Bukan patahkan hati anggota keluarga kita dengan marah, kecam atau makian.

Saya merasa kecewa kecaman yang melampau dan rasis segelintir rakyat terhadap seorang pemain badminton negara seolah-olah lupa beliau telah berjaya mendaki kejayaan sehingga peringkat separuh akhir mengatasi banyak negara.

Semoga ia tidak lagi berulang dan yang terlanjur jernihkanlah agar kita semua waima menang, kalah, berjaya atau gagal sentiasa merasa lapang dada dan lega bahawa kita ada keluarga besar Malaysia yang akan sentiasa saling sokong menyokong antara satu sama lain.

YB AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 4/10/2021 

Sumber Asal: https://m.facebook.com/402490411229783/posts/405988374213320

- Advertisement -