PAS Melaka gesa kerajaan bincang isu judi

- Advertisement -

Oleh IBNU JANIE

- Advertisement -

AYER KEROH: PAS Melaka menggesa agar Kerajaan Persekutuan duduk berbincang dengan semua pihak dalam menangani isu berkaitan judi, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

“PAS Melaka merasakan sudah sampai masanya pihak kerajaan duduk berbincang dengan semua pihak berusaha menghentikan aktiviti judi atau sekurang-kurangnya beransur-ansur ke arah itu,” ujar beliau.

Tegas beliau, PAS Melaka bersoladariti membantah pada dasarnya isu judi yang dibangkitkan dalam persidangan Parlimen baru-baru ini.

“Dalam masa yang sama saya mengingatkan pihak pembangkang jangan memanipulasikan isu ini atas dasar keuntungan politik semata-mata.

“Isu judi ini sudah berlarutan sejak pemerintahan dahulu lagi termasuk pada zaman kerajaan Pakatan Harapan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, PAS Melaka yakin dengan keberadaan PAS di dalam kerajaan pada masa ini akan sentiasa berani membangkitkan isu-isu seumpama ini walau pun pahit, tidak seperti komponen Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 27/9/2021

- Advertisement -