Zaman Khan meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, 80, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

- Advertisement -

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Hanif Omar berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk solat jenazah dan dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Asar.

Allahyarham antaranya pernah memegang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P. Kalimuthu atau Bentong Kali.

Zaman Khan juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997. – BERNAMA

- Advertisement -