Duyong Marina Resort agih bantuan air kepada penduduk

- Advertisement -

MENYEDARI bahawa krisis air masih berlanjutan di kawasan Kuala Nerus dan sekitarnya sehingga hujung bulan September 2021, pihak pengurusan dan kakitangan Duyong Marina & Resort, Terengganu terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban penduduk di kawasan yang terjejas.

- Advertisement -

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) misi bantuan air ini telah diadakan pada hari Khamis, 2 September 2021 dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Duyong Marina & Resort serta NGO, Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI).

Sebanyak 500 kotak air minuman telah disumbangkan oleh Duyong Marina & Resort, Terengganu. Ianya adalah sebagai salah satu program kemasyarakatan yang diharapkan dapat meminimakan beban penduduk.

Pengagihan air minuman ini dilakukan meliputi Kampung Pak Tijah (DUN Seberang Takir) dan Kampungg Pak Tuyu (DUN Tepoh)  bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4.30 petang. Alhamdulillah, sebanyak 500 kotak air telah selesai diagihkan pada hari tersebut.

Sempena dengan Fasa kedua PKP, Duyong Marina & Resort, Terengganu ingin menjemput para tetamu yang telah lengkap vaksin untuk check –in dan dine-in di sini. Pelbagai promosi makanan dan bilik boleh didapati di Duyong Marina & Resort, Terengganu.

Sila layari laman web Duyong Marina & Resort iaitu; https://www.duyongmarinaresort.com.my atau FB/IG Duyong Marina & Resort.

DUYONG MARINA & RESORT TERENGGANU, – HARAKAHDAILY 11/9/2021

- Advertisement -