Pelantikan Muhyiddin satu penghargaan

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR: Pelantikan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bertaraf menteri merupakan satu pengiktirafan bagi menghargai jasa beliau bergelut dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, pelantikan itu juga merupakan satu penghargaan oleh Perdana Menteri kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

“Kita juga yakin dengan kebolehan Dato’ Sri Ismail Sabri boleh membantu kerajaan yang ada pada hari ini dan saling berganding bahu serta memberikan idea yang baik untuk memacu memulihkan kembali kepada negara kita dari segi aspek ekonomi dan kesihatan.

“Kejayaan paling terbesar oleh Muhyiddin Yassin adalah pencapaian vaksinasi yang kita lihat agak tinggi berbanding negara Asia yang lain, yang diuji oleh World Health Organization (WHO) kerana pantas menggerakkan vaksinasi kelompok.

“Jasa beliau yang sebagai bekas Perdana Menteri kita dapat lihat beliau merupakan seorang yang kompetensi, berkebolehan, integriti, dan responsif dalam menangani Covid-19,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Katanya lagi, walaupun pembangkang cuba meremehkan pelantikan itu degan tanggapan membazir wang negara, tetapi Muhyiddin dengan sendiri menolak sebarang imbuhan atau gaji.

Justeru, Dr Riduan berharap semua pihak dapat mendoakan Muhyiddin memberikan komitmen baik dalam membantu kerajaan hari ini.

“Semoga pembangkang tidak mempolitikkan lagi pelantikan beliau kerana tidak ada lagi imbuhan, tidak ada gaji dan elaun,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/9/2021

- Advertisement -