Rakyat diseru jadi warga prihatin

- Advertisement -

Oleh ARMAIN JUHARI

KENINGAU:
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Abdul Hisham Othman menyeru rakyat Malaysia agar menjadi warga yang prihatin dalam menghadapi waktu-waktu sukar ketika ini sejajar dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, Malaysia Prihatin.

Menurutnya, rakyat perlu mengambil pengajaran daripada kesatuan masyarakat terdahulu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

- Advertisement -

“Semangat bersatu padu dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh rakyat dahulu membuahkan kejayaan, ditambah dengan sifat sabar dan tidak mudah berputus asa,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Keningau dalam Program Edaran Jalur Gemilang dan Sumbangan Kepada Penjaja Gerai anjuran PAS kawasan di sini, hari ini. Turut hadir ialah Bendahari PAS Sabah, Abdul Muein Mohd Noor.

Sebanyak 100 Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah telah diagihkan kepada orang ramai yang berkenderaan dan premis perniagaan di Pusat Perniagaan One Plaza sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 64.

Penganjur turut mengagihkan bendera dan menyampaikan sumbangan sekampit beras kepada peniaga di Gerai Mumbaya Jalan Apin-Apin.

Para peniaga yang menerima sumbangan melahirkan rasa kesyukuran dan gembira kerana memberi sedikit kelegaan untuk menampung keperluan harian. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -