Tidak akan biar penduduk ikat perut kelaparan

- Advertisement -

KUANTAN: PAS Kawasan Kuantan terus komited melaksanakan pemberian bantuan makanan asas kepada para penduduk terutama dalam kalangan golongan miskin dan memerlukan di Kampung Ubai, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Inisiatif yang menjamin keperluan penduduk terjejas oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi bantuan tersebut dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan, Khairul Nizam Che Mustofai.

Pemberian bantuan berupa barangan keperluan dapur harian sejak PKP 1.0 yang diadakan dari rumah ke rumah ini merupakan kali kelima diadakan bertujuan meringankan beban dialami penduduk Kampung Ubai.

Turut bersama dalam aktiviti kebajikan kali ini menyantuni warga penduduk tersebut adalah Ketua Penerangan dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kuantan, Norisan Nordin dan Nawi Abdullah.

“Kami akan meneruskan bantuan ini dengan menelusuri setiap lorong dan denai bagi memastikan tiada penduduk yang terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan makanan asas,” ujar Khairul Nizam.

Para dermawan boleh menyokong usaha ini dengan menyalurkan sumbangan kepada PAS Kuantan dengan menghubungi Nawi di talian 017-937 6839. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -