Merdekakah kita?

- Advertisement -

BIARLAH orang kata kita miskin kerana kekayaan itu hanya milik Allah.

- Advertisement -

Biar-lah orang menghina kita, kerana kemuliaan Allah itu adalah segala-galanya.

Biar-lah orang mengatakan kita bodoh kerana kebijaksanaan itu kepunyaan Allah.

Biar-lah kita orang Islam sedikit, kerana ramai yang kufur itu tidak memberi bekas kepada Allah.

Biar-lah kita ditindas kerana lemah, kerana kekuatan itu datang dari Allah.

Biar-lah kita sedih untuk agama, kerana kegembiraan itu apabila bertemu Allah.

Biar-lah kita berpecah kerana kebenaran, kerana penyatuan hati itu ada dengan Allah.

Biar-lah kita tidak mempunyai kuasa kerana pertahankan hak Allah, kerana kuasa itu kurniaan Allah kepada sesiapa yang Dia ingin berikan.

Namun kita…

Masih mengharapkan kaya, kerana percaya kaya itu bahagia.

Masih mencari mulia dari manusia kerana menganggap manusia itu pemberi kemuliaan.

Mahu menjadi cerdik kerana bodoh itu dianggap menyekat rezeki.

Mahukan ramai kerana percaya ramai itu tidak akan dapat dikalahkan.

Mahu menjadi kuat, tanpa sedar sebenarnya lemah dengan meninggalkan Allah.

Mahu sentiasa bergembira, tetapi dengan jalan dosa.

Mahukan semua bersatu tetapi duduk di bawah golongan yang menyekutukan Allah.

Berkehendak kepada kuasa, tetapi menyelewengkan kuasa itu mengikut nafsu…

Biar-lah…

Biar-lah kita dianggap terkongkong di dunia ini tetapi patuh dan taat seikhlasnya kepada Allah kerana Merdeka itu ialah membebaskan diri dari menyembah makhluk kepada penyembahan menyeluruh hanya untuk Allah yang Esa.

Merdekakah kita?

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 31/8/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -