Akhirnya Ismail Sabri diangkat sebagai PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Advertisement -

Oleh ABI FATHULLAH ABE

- Advertisement -

WALAUPUN pembangkang umpama membedil petir di langit, dengan segala kekuatan media pro pembangkang yang melapor propaganda demi memastikan rakyat terpengaruh dengan pelbagai tuduhan mereka, namun propaganda jahat mereka tidak mampu melawan yang haq.

Benar sebagai seorang penulis, kami jua letih melihat kerenah politikus yang tiada ‘simpati’ dalam mengejar kuasa, ketika Covid-19 mengganas, mereka jua mengganas mencari jawatan dan kuasa.

Pakatan Harapan sejak ‘jatuh’ angkara perebutan kuasa pada Februari tahun lalu, tidak sunyi dari berantakan hinggalah mereka mengusik dengan tangan-tangan ghaib kerajaan PN sebelum ini pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hingga pada 16 Ogos lalu terkubur.

Hasrat Ketua Pembangkang, Dato’Seri Anwar Ibrahim mahu mengambil kesempatan dengan jatuhnya TSMY nampaknya menemui jalan sukar dimana mereka gagal mendapatkan jumlah yang cukup bagi meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke sembilan.

‘Gigit jari’ lagi nampaknya Ketua Pembangkang buat kesekian kalinya. Sejak 16 September 2009, entah berapa kali ‘deal’ dan pembentukan jajaran atau pakatan atau koalisi dibina Anwar dengan pelbagai pihak.

Ada sumber dalaman yang rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat pada 1998 itu menyatakan bahawa Anwar sebenarnya telah lama memasang impian dan pelan untuk naik sebagai PM, seawal tahun 1996 lagi.

Pelbagai gerakan dalaman dibina beliau semasa masih bersama nakhoda Umno hingga dia dipecat pada tahun 1998 yang mengakibatkan seluruh negara ‘turun jalanraya’ bagi menumbangkan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Usaha itu gagal kerana undi masyarakat Cina ketika itu menyelamatkan BN dan sekutunya, walaupun mereka banyak menang di kawasan Melayu, dan PAS juga menang di Terengganu serta kekal di Kelantan ketika itu.

Sejak dari saat itu, Anwar meniti usaha melangkah mencari kawan dan tidak kurang mula menjadi seteru kepada kawan yang dahulunya bersama beliau.

Lewat 2017 hingga 2018 beliau kembali bersama Tun Mahathir bagi menjatuhkan kerajaan BN ketika PRU-14 dan usaha itu berjaya, namun nama beliau tidak dapat dicalonkan sebagai PM kerana ketika itu beliau baharu sahaja dalam ‘iddah’ hukuman kes liwat yang dihadapinya.

Maka Pilihan Raya Kecil Port Dickson diadakan bagi menjalankan usaha untuk beliau menjadi PM. Begitu pun usaha itu sia-sia apabila Tun Mahathir melepaskan jawatan pada Februari 2020 dalam keadaan PH berantakan hingga ke tahap terbubar kabinet PH yang akhirnya menyaksikan Perikatan Nasional naik tanpa diduga.

Perjalanan 17 bulan PN berdepan kesulitan dengan tekanan pembangkang juga dari beberapa kelompok dalam komponen walaupun rakyat amat menyayangi kerajaan yang benar-benar komited dengan kebajikan rakyat jua agenda memefangi Covid-19.

Hari ini, Anwar kalah lagi dalam menyaingi calon BN yang disepakati PN, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang mana Ismail Sabri disokong 114 ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Istana Negara telah memgeluarkan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong dimana Dato’ Seri Ismail Sabri dilantik sebagai PM ke sembilan.

Seorang rakan media yang lama telah bersara memberi analogi mudah kepada penulis dalam isu Anwar ini, “selagi Anwar bersama DAP dan Tun Mahathir ada, aku yakin bahawa dia hanya boleh jadi PM tepi sahaja,” sambil sahabat penulis itu ketawa sinis.

Gigit jari lagi lah Pak Sheikh (gelaran dalam kalangan kenalan Anwar) nak jadi PM…. – HARAKAHDAILY 20/8/2021

- Advertisement -