Pesara TLDM pasang Jalur Gemilang sepanjang tahun

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

TUMPAT: Bagi kebanyakan orang hanya memasang Jalur Gemilang menjelang sambutan heri ulangtahun kemerdekaan negara, namun tidak bagi seorang pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Sebalikya beliau memasang Jalur Gemilang di motosikalnya sepanjang tahun. Bendera itu hanya akan diganti baru setahun kemudian.

Jusop Ibrahim, 73, berkata beliau memasang Jalur Gemilang di motosikalnya sejak lebih 20 tahun lalu.

- Advertisement -

Katanya, Jalur Gemilang berkenaan akan dipacakkan di motosikalnya mengikut tahun kemerdekaan.

“Tahun ini negara menyambut kemerdekaan ke-64, bermakna sebanyak 64 Jalur Gemilang yang akan diletakkan di motosikal saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis Semarak Merdeka Dun Pengkalan Kubor di perkarangan pejabat Puaat Khidmat Dun (PKD) itu dekat sini semalam.

Majis ringkas itu dilancarkan Adun Pengkalan Kubor Ustaz Wan Roslan Wan Hamat yang turut dihadiri Pegawai Penerangan Tumpat, Wan Marzuki.

Jusop juga berkata, sebagai pesara TLDM membuatkannya sentiasa sedar tanggungjawab terhadap negara, walaupun tidak lagi berkhidmat.

“Saya akan sentiasa kenang dan ingat sewaktu bertugas dahulu walaupun sudah lama pencen. Ini adalah antara peranan saya sebagai rakyat Malaysia dan bekas tentera.

“Terima kasih kepada kerajaan yang menghargai jasa saya yang sedikit ini sepanjang bertugas sehingga menjejaki beberapa negara termasuk New Zealand dan beberapa negara di Asia,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu tujuannya sentiasa memasang Jalur Gemilang di motosikal sebagai simbolik, sayangkan negara bukan hanya sewaktu untuk menyambut kemerdekaan sahaja. – HARAKAHDAILY 19/8/2021

- Advertisement -