PM dilantik perlu kemuka usul undi percaya secepat mungkin

Dewan Rakyat.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahll Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Dalam hal itu, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baglnda akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berpertembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Demikian dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Dato’ lndera Ahmad Fadll Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada sesi menghadap ketua-ketua dan wakil parti-partl politik utama terdiri daripada Umno, DAP, PKR, Bersatu, PAS, Amanah, Warisan dan Pejuang di Istana Negara, petang semalam.

Beliau berkata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-partl politik utama itu.

Katanya, dengan titah Seri Paduka Baglnda, Sultan Perak telah disembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap tersebut atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Turut hadir dalam sesi menghadap tersebut lalah Ketua Setiausaha Negara, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara.

Beliau menambah, Seri Paduka Baginda bertitah supaya semua 220 ahli Dewan Rakyat untuk mempersembahkan kepada Baginda surat akuan (statutory dedaradon) yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh ahli Dewan Rakyat tersebut untuk menjadi Perdana Menteri yang baharu.

Menurutnya, kesemua ahli Dewan Rakyat hendaklah mengemukakan surat akuan masing-masing kepada pihak lstana Negara pada hari ini sebelum jam 4.00 pelang.

Katanya lagi, Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa surat akuan tersebut adalah bertujuan untuk membantu baginda membuat kepulusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

- Advertisement -