MAFI pastikan bekalan makanan mencukupi

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kejayaan paling besar kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memastikan bekalan makanan mencukupi khususnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Negara tidak berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan biarpun wabak Covid-19 melanda negara sejak awal tahun lepas.

Dengan pelbagai strategik kerajaan PN melalui namun MAFI merangka pelbagai strategi bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sejak PKP 1.0.

- Advertisement -

Kementerian itu diterajui Dato’ Seri Ronald Kiandee dari Sabah dan dibantu Dato’ Seri Ahmad Hamzah dan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga ahli parlimen Tumpat antara timbalan menteri yang aktif dalam merangka strategi dan sering turun padang meninjau projek pertanian di bawah kementerian terbabit.

Beliau berkata, sebagai timbalan menteri ia merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan sampai kepada rakyat.

Bagaimanapun tugas itu tidak sukar memandangkan Che Abdullah mempunyai pengalaman sebagai anggota Exco kerajaan Kelantan selama dua penggal.

Sepanjang hampir 18 bulan di bawah kerajaan PN, enam pencapaian besar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan antaranya menubuh Jawatankuasa Kabinet Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC).

Selain itu Membangunkan Sistem Profil Tanah Sawah Padi dan Pengurusan Maklumat Padi, menambah baik proses pengedaran benih padi sah, pelaksanaan Caruman Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi nelayan.

Program Pertanian Kebuniti, program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB). Dan antara yang mendapat perhatian masyarakat program MAFI Prihatin.

Program itu bukan sahaja membantu golongan petani, penternak dan nelayan sebaliknya orang ramai yang memerlukan termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) dan petugas barisan hadapan.

Selain itu elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan daripada RM250 ke RM300 sebulan. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

- Advertisement -