Tuan Ibrahim wakili Presiden PAS menghadap Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 2.00 petang hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, beliau membawa amanah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mewakili parti itu bagi mencadangkan pendirian parti menghadapi kemelut politik yang berlaku hari ini.

- Advertisement -

Beliau turut menyeru ahli-ahli dan Penyokong PAS supaya bertenang dan mendapatkan maklumat rasmi parti dari sumber sebenar.

Dalam situasi getir sebegini, amalan zikir adalah yang terbaik untuk dipraktikkan, katanya dalam satu hantaran Facebook. sebentar tadi. – HARAKAHDAILY 17/8/2021

- Advertisement -