Majmuk: Perkenal semula pendekatan hijrah Rasulullah

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan Salam Awal Muharram 1443H kepada seluruh umat Islam.

“Marilah kita menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW iaitu kejayaan Baginda SAW dalam pelaksanaan perpaduan dalam kalangan umat masyarakat majmuk yang paling berjaya dalam sejarah politik dunia,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Advertisement

Beliau berkata, pendekatan berdasarkan acuan hijrah Rasulullah SAW perlu diperkenalkan semula di negara kita yang bermasyarakat majmuk.

Katanya, kejayaan Baginda SAW telah menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa, berkonsepkan adil kepada semua dan tiada paksaan beragama.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, ia dimulakan dengan perpaduan umat Islam serta diajak kaum bukan Islam yang tidak ekstrem dan tidak senang dengan perpecahan.

Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini ialah ‘Manhaj Rabbani Umat Berkualiti’. – HARAKAHDAILY 10/8/2021