Kongsi-kongsi advokasi: Membeza autoriti

- Advertisement -

DALAM setiap pendengaran sama ada interlokutori, penutup perbicaraan atau rayuan, banyak sekali kes-kes duluan (precedent) akan dirujuk. Pihak-pihak akan cuba yakinkan mahkamah, kes-kes tersebut terpakai dan perlu diterima.

Kes-kes yang menggaris prinsip relevan akan dikemuka. Walaupun faktanya tidak sama. Namun banyak juga kes yang tidak relevan dilampirkan. Hujahan bersifat ‘long shot’.

- Advertisement -

Kes yang tidak relevan perlu dibezakan (‘distinguish’). Saya melihat beberapa kaedah digunakan untuk membeza-kan kes:

1. Perbezaan fakta – peguam akan berhujah bahawa walaupun prinsip undang-undang ada, namun fakta kes yang dirujuk berbeza. Kes itu adalah kes Saman Pemula, kes kita adalah Writ Saman. Kes itu berkaitan tanah, kes ini berkaitan fitnah. Contohnya.

2. Pengecualian – kes tersebut menggaris prinsip umum. Tidak terpakai dalam kes kita. Ada pengecualian dalam kes lain yang terpakai.

3. Ruang lingkup – ruang lingkup yang dibincang dalam kes itu tidak merangkumi situasi dalam kes kita.

4. Keunikan kes – kes kita adalah unik dari segi isu yang timbul. Prinsip umum undang-undang tidak terpakai.

5. Obiter – prinsip yang dirujuk dalam kes itu adalah sekadar obiter dicta yang tidak mengikat. Walhal ratio decidendi yang mengikat adalah berbeza.

Obiter dicta bermaksud sesuatu ‘remark’ atau kata-kata yang dibuat oleh Hakim selepas atau sebelum keputusan yang bukan merupakan asas keputusannya. Ia mungkin menjadi ‘passing remark’ atau nasihat umum. Sementara ratio decidendi adalah asas dan rational keputusan kes dan prinsip keputusan yang digariskan.

Maka ramai peguam kanan yang saya lihat membezakan kes dengan cara ini. Ia sangat efektif. Cuma, kemahiran untuk mengenalpasti antara ratio dan obiter perlukan penelitian dan pengalaman.

Yang terpaling penting, peguam perlu ada keupayaan membaca dengan laju, dan mengesan faktor perbezaan dengan pantas dan tepat. 

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 5/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/102136115453190/posts/130684642598337/

- Advertisement -