Seru munajat untuk kestabilan politik negara

- Advertisement -

Oleh: DANISYA ISMAIL

IPOH: Dewan Muslimat PAS Perak menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS agar sentiasa mengadakan munajat bagi mendoakan kesejahteraan negara.

Seruan itu dibuat melihat kepada situasi negara hari ini yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 selain kemelut politik negara yang turut bergolak.

- Advertisement -

Ketuanya, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah melakukan usaha terbaik dalam menyelesaikan krisis negara.

Namun begitu, dengan wujudnya usaha menjatuhkan kerajaan PN, ia sedikit sebanyak dapat menganggu gugat usaha yang dijalankan oleh kerajaan bagi mencapai kesejahteraan negara.

“Politik di Malaysia sekali lagi bergolak dengan wujudnya pihak (pembangkang) yang mempertikaikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM).

“Setakat ini, kerjaan PN yang dipimpin PM masih kekal stabil dan mendapat sokongan majoriti. (Maka) marilah kita semua terus mendoakan kerajaan ini dapat mentadbir negara sebaiknya,” katanya ketika ditemui HarakahDaily, hari ini.

Oleh itu, Dr Najihah menyeru agar semua pihak mengadakan solat hajat dan mendoakan negara yang ditadbir kerajaan PN sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat Allah sekaligus membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau masih merupakan Perdana Menteri Malaysia yang sah serta mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -