Warga emas boleh ‘walk-in’ di PPV Kuala Muda

- Advertisement -

ALOR SETAR: Warga emas berumur 60 tahun ke atas dipelawa hadir secara walk-in ke beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Kuala Muda bermula hari ini.

Menurut sumber Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kuala Muda, pelawaan itu membabitkan warga emas yang belum mendaftar atau tidak mendapat tarikh temujanji di aplikasi MySejahtera.

- Advertisement -

“Pihak kami memberi keutamaan kepada siapa yang hadir dahulu, selain bergantung kapasiti di PPV terlibat,” katanya di sini, semalam.

Berikutan pengumuman itu, warga emas boleh hadir ke PPV Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Dewan Pusat Latihan AADK (PLAK), Sungai Petani dan PPV MPSPK, Gurun Jaya bermula jam 2 hingga 4 petang.

Bagaimanapun CITF mengingatkan penerima vaksin terbabit hendaklah dipastikan tidak bergejala, bukan kontak rapat serta tidak berada dalam tempoh kuarantin.

“Sila bawa bersama dokumen kad pengenalan diri dan sebarang perkara berkenaan vaksinasi. Atau boleh hubungi Bilik Gerakan Vaksinasi Daerah Kuala Muda di talian 019-370 1276,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -