Seni politik Islam mampu lahir penyatuan ummah

- Advertisement -

Oleh HAIKAL MOHD NOH

TAMBUN:
Seni politik yang diajarkan Rasulullah s.a.w sentiasa menjadi panduan PAS bagi melahirkan penyatuan ummah di negara ini yang berteras aqidah Islam.

Yang Dipertua PAS Tambun Salleh Said berkata, seni politik yang diajarkan baginda mesti difahami dan dihayati oleh semua pemimpin dan ahli politik.

- Advertisement -

Katanya ajaran Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Para pejuang terdahulu sedar dan tahu kepentingan Islam dalam membentuk sebuah negara dan kerajaan. Mereka yakin Islam mampu menjaga keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara.

“Mereka sanggup menawarkan diri dalam usaha membebaskan Malaysia daripada penjajah dan tidak gentar menumpahkan darah.

“Jadi sebarang usaha yang dirancang pihak tertentu bertujuan untuk menggugat Islam merupakan satu pengkhianatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan 500 pek ayam dan santan kepada penduduk di beberapa kampung semalam.

Sumbangan itu diagih kepada penduduk di Kampung Tersusun Batu 5, Kampung Tersusun Batu 6, Taman Hiburan dan taman perumahan sekitarnya.

Turut hadir wakil Pusat Khidmat Parlimen Tambun, Hafez Mubin Mohd Salleh; Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Puteri Holijah Muhamad Rali; JPKK Batu 5/6, Eddy Noor Abdul Manan dan Pengerusi Surau Al-Jamaiyah Taman Hiburan, Dr Fuad Mokhtar.

Oleh itu Salleh berharap ahli politik perlu bersatu membantu masyarakat sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan sekarang.

Menurutnya apabila pemimpin dapat bersatu membantu masyarakat ia secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah dan membentuk masyarakat yang lebih harmonis. – HARAKAHDAILY 23/7/2021

- Advertisement -