Usah ulangi sejarah kerajaan 22 bulan

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Sekarang perlu diberi tumpuan bagi mengatasi masalah rakyat dan bukannya membincangkan siapa yang layak bertanding di sesuatu kawasan.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, usaha perlu dilakukan bagi menjaga kerajaan yang ada sekarang.

“Jangan mengembalikan sejarah kerajaan 22 bulan sebelum ini. Mereka bercakap pasal korupsi tetapi apabila dapat kuasa (berlaku) juga korupsi.

- Advertisement -

“Mereka bercakap separation of powers, namun musim depa ada juga gangguan mahkamah. Kita harap kerajaan Perikatan Nasional lebih kukuh bagi memberi khidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program penyembelihan lembu sado anjuran PAS Bagan Serai semalam.

Program korban itu menyaksikan enam ekor lembu disembelih termasuk seekor lembu sado jenis Charolis. Turut hadir Yang Dipertua PAS Bagan Serai Abdul Aziz Abdul Majid.

Razman yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, PAS tetap mengambil kira ciri-ciri penting sebelum memutuskan parti mana yang akan bertanding dan ciri tertentu calon ditampilkan.

“Tak guna kalau kita hantar calon contohnya nak pergi lawan Liverpool kita hantar pemain tetapi tak reti nak sepak bola. Kita akan mengkaji calon mana yang boleh memberi kemenangan,” katanya.

Menurutnya juga kekuatan PAS di Bagan Serai begitu jelas di mana parti itu mempunyai jentera pilihanraya dan cawangan di setiap Unit Daerah Mengundi (UDM). – HARAKAHDAILY 23/7/2021

- Advertisement -