Sidang DUN Kelantan dijangka 23 Ogos

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka akan mengadakan persidangannya selama tiga hari pada 23, 24 dan 25 Ogos ini.

Speaker DUN Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kob ketika dihubungi bagaimanapun berkata, cadangan tarikh itu ditetapkan bagi mendapat perkenanan Sultan Kelantan, Sultan Muhmmad V.

- Advertisement -

Kata beliau sekiranya ia mendapat perkenan baginda, perjalanan sidang DUN berkenaan akan diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

“Persidangan DUN Kelantan dijangka akan berlangsung selama tiga hari mengikut tarikh-tarikh berkenaan sebagaimana yang dikemukakan oleh kerajaan negeri,” ujarnya semalam.

Speaker Dewan Rakyat Dato’ Azha Azizan Harun juga memberitahu semalam jadual persidangan Dewan Rakyat akan diadakan mulai 6 hingga 30 September selama 15 hari.

Mesyuarat kedua pula mulai 25 Oktober hingga 16 Disember iaitu selama 32 hari. Manakala persidangan khas Dewan Rakyat pula 26 hingga 29 Julai ini. – HARAKAHDAILY 16/7/2021

- Advertisement -