Selepas 5 tahun kegagalan rampasan kuasa di Turki

- Advertisement -

LAJNAH Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mengucapkan tahniah buat Turki atas sambutan tahun ke 5 sempena memperingati kegagalan rampasan kuasa yang berlaku pada 15 Julai 2016.

- Advertisement -

Rampasan kuasa yang hampir meranapkan demokrasi serta menjejaskan kestabilanTurki telah berjaya dipatahkan dimana akhirnya hari ini Turki berjaya berdiri teguh dan setanding dengan negara – negara maju yang lain samada di Eropah mahupun Dunia Barat.

Dengan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh Turki, besarlah harapan agar Turki mampu membawa Islam dan umatnya ke arah yang lebih baik di masa hadapan sesuai dengan peranan besar Turki dikalangan negara – negara Dunia Islam ketika ini yang membawa mesej keamanan, kesatuan dan kemakmuran.

Harapan dan doa agar Turki terus kekal aman, maju dan lebih berjaya lagi dimasa akan datang yang seterus akan memperkukuhkan lagi kerjasama dan hubungan dengan negara – negara Dunia Islam di seluruh dunia terutamanya Malaysia.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL l HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 16/7/2021

- Advertisement -