PAS Pekan cakna kebajikan penduduk di empat DUN

- Advertisement -

PEKAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Pekan menerusi komited menyantuni golongan memerlukan hampir di empat DUN iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini, di sini setiap hari.

- Advertisement -

Sekatan pergerakan penuh (SPP) penuh semua sektor sejak 1 Jun lalu ekoran lonjakan kes COVID-19 telah menyebabkan ramai yang terkesan akibat terjejasnya sumber pendapatan dan tidak dapat keluar bekerja.

Biarpun dalam keterbatasan pergerakan, kekurangan tenaga dan kewangan, ditambah pula dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP), sumbangan kebajikan ini tetap dipastikan sampai kepada sasarannya.

Antara terlibat secara langsung mengagihkan sumbangan berupa barangan dapur ini ialah Ketua Pemuda PAS Pekan, Mohd Hannis Ghazi dan Ketua Muslimat PAS Pekan, Ustazah Rohana Mohamad.

Menurut Ustazah Rohana, semua PAS Cawangan dan ahli berkemampuan wajar mengambil cakna keadaan masyarakat sekeliling dan seterusnya bertindak menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Amanah adalah satu taklifan atau pertanggungjawaban, bukan tasyrifan atau kemuliaan, di saat inilah kita semua sama-sama turun dalam keadaan jaga SOP membantu masyarakat tidak mengira agama, fahaman parti politik dan sebagainya.

“Dengan harapan supaya masyarakat dapat melihat keindahan dan kecantikan Islam dan syiar PAS itu sendiri,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pekan, Ahmad Haron pula mengharapkan kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa dan ahli setiap cawangan turut sama membantu.

Kerana katanya, ini merupakan tanggungjawab bersama bagi menampakkan kekuatan jemaah dan tidak seharusnya diletakkan pada lajnah yang tertentu sahaja.

Dalam pada itu, beliau masih mengharapkan sumbangan daripada para dermawan kerana menyedari barangan yang disumbangkan tidak dapat bertahan lama dan masih ramai di luar sana yang perlu dibantu.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 556235304965 Lajnah Kebajikan PAS Pekan. – HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -