Ustaz Rosli agih langsung bantuan kepada penduduk

- Advertisement -

KUANTAN: Pusat Khidmat DUN Tanjung Lumpur telah menyerahkan sumbangan bantuan kepada 90 keluarga penduduk setempat yang terjejas pendapatan ketika ini, semalam.

- Advertisement -

Bantuan peruntukan dari kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail itu telah diagihkan sendiri ADUN Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar.

Beliau berkunjung dari rumah ke rumah menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu di PPRT Teluk Baru, PPRT Peramu dan PPRT Kempadang.

“Kebanyakkan mata pencarian penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas merupakan mereka yang bekerja sendiri, nelayan dan buruh.

“Semoga sumbangan barangan keperluan harian yang diberikan ini dapat melegakan atau meringankan sedikit beban masyarakat yang memerlukan,” ujar beliau.

Maklumnya, Pusat Khidmat DUN Tanjung Lumpur telah membuka bilik operasinya sejak 25 Mei lalu termasuk melakukan usaha-usaha penyaluran bantuan kepada yang memerlukan dibuat setiap hari.

Menurut beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, sumbangan yang diberikan adalah dana dikumpulkan dari para dermawan dan sumbangan orang ramai.

“Semoga Allah S.W.T terus mengurniakan kekuatan dan kemurahan rezki melimpah ruah agar dapat terus membantu,” kata Ustaz Rosli. – HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -