Kit Siang biadab, zahir kebencian terhadap Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Lim Kit Siang serta penghinaannya terhadap kesucian agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3(1) sebagai agama bagi Persekutuan.

Ketuanya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata sikap biadab Lim Kit Siang ketika memberikan respons segera kepada tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang melalui laman Facebook menzahirkan kebenciannya terhadap agama Islam selaku pemimpin veteran DAP.

Justeru, ujarnya DUPP menyeru semua pihak agar membuka mata melihat perwatakan sebenar DAP yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan penghinaan terhadap agama Islam dengan perbuatan melampau sehingga berani mempersendakan nama Allah SWT.

- Advertisement -

“Perbuatan seperti ini tidak boleh dibiarkan sama sekali, bahkan tindakan segera perlu diambil ke atas Lim Kit Siang atas penghinaan dan sikap melampau yang dilakukan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, DUPP mendesak supaya Lim Kit Siang segera meletakkan jawatan dalam dunia politik.

Ini, ujarnya kerana ahli politik yang biadab seperti Kit Siang tidak layak berkhidmat kepada negara apatah lagi menjunjung tinggi aspirasi Perlembagaan.

“DUPP juga memberikan peringatan kepada mana-mana pihak yang bercita-cita untuk membina jajaran baru bersama DAP ini supaya berfikir dengan lebih rasional dan mendalam akan implikasi yang bakal menimpa negara, khususnya berkait dengan kedudukan agama Islam,” ujarnya Ahli Parlimen Pasir Puteh.

Beliau menambah, DUPP percaya tindakan PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat adalah tepat demi menjaga maslahah agama dan kehormanian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, ujar beliau DUPP menyeru seluruh umat Islam agar mengukuhkan kesatuan serta tetap teguh mempertahankan agama Islam dan bersikap tegas terhadap apa-apa tindakan yang mengugat kesuciannya.

Ketegasan itu, katanya selaras dengan firman Allah SWT di Dalam Surah Al-Fath, ayat 29 yang bermaksud: “Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)”. –  HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -