Perlis mampu beralih ke fasa 3 PPN Oktober

- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan negeri Perlis percaya mampu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang Oktober ini, kata Setiausaha Kerajan Negeri Azman Mohd Yusof.

- Advertisement -

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan kapasiti vaksinasi Covid-19 negeri kepada 3,500 dos sehari menerusi tiga pusat pemberian vaksin (PPV), empat buah PPV swasta dan satu pasukan vaksinasi bergerak yang terdapat di negeri ini.

“Sekiranya Perlis memperolehi bekalan vaksin yang secukupnya, saya yakin bahawa kita mampu mencapai imuniti kelompok 80 peratus menjelang suku tahun terakhir iaitu pada bulan Oktober atau selewat-lewatnya November ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, sehingga kelmarin, Perlis telah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 27.27 peratus atau 69,513 orang dan ia dijangka meningkat kepada 80 peratus pada hujung tahun ini dan melakukan usaha holistik  semua pihak terbabit dalam memerangi Covid-19.

Semalam, Perlis mencatatkan sifar kes Covid-19 dengan 597 kes terkumpul setakat ini. – BERNAMA

- Advertisement -