PAS Melaka sokong usaha tangani LGBT

- Advertisement -

Oleh IBNU JANIE

- Advertisement -

AYER KEROH: PAS Melaka menyokong penuh usaha Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Menurut beliau, PAS negeri Melaka mengambil pendirian kebersamaan dengan usaha pihak Kerajaan Persekutuan melalui kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Ini berkaitan dengan kenyataan Ahmad Marzuk baru-baru ini berhubung usaha kementeriannya membanteras aktiviti golongan songsang LGBT ini.

“Hakikatnya semua orang maklum kegiatan atau amalan yang dilakukan oleh LGBT ini di luar norma kehidupan manusiawi, apatah lagi mengikut acuan mana-mana agama sekali pun.

“Kegiatan LGBT ini banyak mengundang kerosakan moral dan seterusnya boleh merencatkan usaha kerajaan dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang dihormati,” ujar Ustaz Kamarudin.

Beliau yang juga merupakan Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka itu menambah, pada dasarnya beliau amat bersetuju dengan keputusan mesyuarat tersebut yang meminta agar semua pihak berkuasa negeri yang berkenaan melakukan penambahbaikan undang-undang atau enakmen negeri masing-masing dalam usaha membendung kegiatan LGBT yang semakin menular sekarang.

“Bagi pihak PAS Melaka, saya menyokong penuh apa sahaja usaha kerajaan ke arah membanteras kegiatan songsang ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan, semalam. – HARAKAHDAILY 26/6/2021

- Advertisement -