PAS Sabah komited laksana agenda penerangan

- Advertisement -

SEPANGGAR: PAS Sabah menyambut saranan Konvensyen Penerangan PAS yang menggalakkan ejen-ejen penerangan PAS negeri mempunyai kemahiran mengenal pasti maklumat selain cakna dengan situasi persekitaran.

Justeru itu, pelbagai perancangan dan inisiatif bakal digerakkan di Sabah, kata Ketua Penerangannya, Ahmad Dullah.

Tambah beliau, setiap bahan yang dibekalkan penerangan PAS Pusat akan diusahakan sampai mesejnya kepada golongan sasaran yang ditetapkan.

- Advertisement -

Antara salah satu inisiatifnya adalah ejen penerangan perlu dan wajib memberi penerangan berkaitan agenda serta perancangan yang dilakukan oleh parti tidak kira bahan itu daripada pusat mahupun negeri atau kawasan, ujarnya.

“Menjawab soalan-soalan remeh daripada pihak musuh itu hanya mengumpan kita daripada melaksanakan tugas utama bagi memberi penerangan kepada masyarakat.

“Platform rasmi parti seperti portal HarakahDaily dan halaman-halaman rasmi parti di Facebook perlu menjadi rujukan kepada kita agar naratif yang dibawa itu tidak lari dari objektif asal,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya komited dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan agar masyarakat maklum mengenai gerak kerja parti itu.

Pada Ahad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Mohd Nor menegaskan bahawa ejen-ejen penerangan perlu mengenal pasti maklumat berkaitan isu semasa memandangkan ia adalah satu faktor yang sangat penting buat mereka.

Katanya, sebagai seorang ejen penerangan, mereka perlu cakna dengan perkara yang berlaku di persekitaran.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan berucap pada Konvensyen Penerangan PAS yang diadakan secara dalam talian pada Sabtu dan Ahad lalu. – HARAKAHDAILY 21/6/2021

- Advertisement -