Tahniah, terima kasih kerajaan Terengganu

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan tahniah atas kejayaan Kerajaan Terengganu yang melaksanakan caj wad kelas 3 percuma kepada warga negeri itu.

“Saya sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Terengganu ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri Terengganu yang berjaya melaksanakan janji manifesto pilihan raya ke-14 iaitu caj wad kelas 3 percuma kepada warga Terengganu,” ujar Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan satu lagi kejayaan, memandangkan negara masih lagi berhadapan dengan jumlah kes pandemik yang masih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi.

- Advertisement -

Tabahnya, caj yang ditanggung oleh kerajaan negeri adalah yang melibatkan caj-caj yang dikenakan di dalam pesakit wad kelas 3 di bawah Perintah Fi (perubatan),1982 Perintah17 (caj maksimum bagi Wad Kelas Tiga).

Menurutnya lagi, Terengganu terus membuat perubahan demi kelangsungan hidup rakyat.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan atas usaha pentadbiran negeri dalam merealisasikan manifesto yang boleh meringankan beban rakyat. Kesihatan rakyat menjadi antara agenda utama kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, sesungguhnya Islam amat tegas dalam memastikan umatnya bukan sekadar ‘menanam tebu di bibir’ sebaliknya memastikan umat Islam sentiasa memegang apa yang telah dijanjikan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan rakyat Terengganu akan menikmati caj wad kelas ketiga percuma di semua hospital kerajaan seluruh negeri bermula 1 Julai ini,

Katanya, faedah dari program itu akan dinikmati oleh 1.2 juta rakyat negeri itu.

Menurutnya, setelah melalui beberapa proses agak panjang rundingan kerajaan negeri dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Pusat akhirnya berjaya dilaksanakan.

Menurutnya, golongan yang mendapat faedah adalah rakyat negeri iu sahaja dan tidak terpakai kepada pasangan bukan rakyat Terengganu. – HARAKAHDAILY 17/6/2021

- Advertisement -