Program Perlis Pahadoi bantu penduduk miskin

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: Program Perlis Pahadoi yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang terjejas sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh sekarang banyak membantu penduduk miskin.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga yang terjejas.

- Advertisement -

“Sumbangan yang disediakan kerajaan negeri dapat membantu mereka yang benar-benar terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

“Kami juga bersedia memberi kerjasama bagi memastikan agihan bantuan dapat sampai kepada penerima dengan lebih efisien,” ujarnya di sini semalam.

Kerajaan negeri Perlis memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta menerusi Program Perlis Pahadoi bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga memerlukan sepanjang tempoh PKP 3.0 bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Program Pahadio dalam dalam dialek Perlis bermaksud ambil berat dan prihatin menyediakan makanan asas bernilai RM50 setiap bakul.

Pengagihan sumbangan itu dibuat melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Mohd Ridzuan yang juga Adun Guar Sanji turut merakam ucapan terima kasih di atas insentif kerajaan negeri menyalur sumbangan kepada penduduk yang terjejas.

“Pemuda PAS Perlis sentiasa positif dan komited terhadap segala usaha kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/6/2021

- Advertisement -