Minyak masak botol: Tetapkan harga siling elak naik melampau

Staff UNIMASmore info : http://www.unimas.myfacebook: http://www.facebook.com/UNIMASofficialtwitter : http://www.twitter.com/UNIMASofficialInstagram : http://www.instagram.com/unimasofficial_instagramFlickr : https://www.flickr.com/UNIMASimage Universiti Malaysia Sarawakmore info : http://www.unimas.myfacebook: http://www.facebook.com/UNIMASofficialtwitter : http://www.twitter.com/UNIMASofficialInstagram : http://www.instagram.com/unimasofficial_instagramFlickr : https://www.flickr.com/UNIMASimage
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar segera menetapkan harga siling minyak masak dalam botol untuk kegunaan tempatan bagi mengawal kenaikan harga yang melampau, kata penganalisis ekonomi daripada Universiti Asia e, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor.

Beliau berkata minyak masak merupakan bahan keperluan asas isi rumah dan antara bahan mentah utama bagi beberapa sektor ekonomi terutamanya segmen hotel, restoran dan kafe (HoReCa).

- Advertisement -

Menurutnya sebarang kenaikan harga secara mendadak akan memberi kesan langsung kepada orang ramai sekali gus menjejaskan perbelanjaan isi rumah serta peniaga.

“Harga perlu dikawal kerana ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan dan mula mencatu perbelanjaan lain bagi membeli minyak masak yang semakin mahal.

“Kenaikan tanpa kawalan harga minyak masak juga akan menimbulkan masalah lain seperti peniaga makanan menaikkan harga jualan susulan kos bahan mentah yang meningkat,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Shazali berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu kenaikan harga minyak masak botol dua kilogram dan lima kilogram yang dikesan meningkat sejak beberapa hari lepas.

Dilaporkan harga minyak masak botol dua kilogram meningkat hingga RM12.50 berbanding antara RM9 dan RM10 sebelum ini manakala harga minyak masak botol lima kilogram naik hingga RM33.50 berbanding RM25 hingga RM28 sebotol sebelum ini.

Beliau berkata memandangkan Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak masak sawit terbesar dunia maka tidak munasabah sekiranya pengguna tempatan terpaksa menanggung beban kenaikan harga di pasaran global.

Sehubungan itu, Shazali mencadangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya mengguna pakai sistem apungan terkawal seperti yang pernah dilaksanakan bagi menentukan harga petrol dan diesel, untuk harga minyak masak mentah dalam botol.

Menurutnya satu harga maksimum perlu ditetapkan sebagai penyelesaian jangka masa panjang walaupun minyak masak dalam botol bukan barangan bersubsidi.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan cukai luar jangka ke atas syarikat pengeluar minyak sawit yang mengaut keuntungan tinggi berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah dunia ketika ini. – BERNAMA

- Advertisement -