Penduduk Israel berdepan kerugian besar

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Kedudukan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekarang terumbang ambing berikutan kerugian besar dialami penduduk di Tel Aviv ekoran serangan balas pejuang Hamas.

Pengasas NGO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, peperangan yang berlaku itu ternyaa merugikan rakyat Israel.

“Sebaliknya ia satu kebanggaan dan kejayaan bagi perjuangan penduduk Palestin,” katanya pada forum Palestin yang diadakan secara maya dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) malam tadi.

Forum itu bertajuk ‘Gaza Hancur, Nak Buat Guano? yang disiarkan menerusi Kelantan TV. Program itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

- Advertisement -

Forum terbabit turut menampilkan Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Musa al Nuwairy Kamaruzaman dan Pengarah Yayasan Amal Kelantan, Abdul Hamid Seman.

Nadir berkata, pergolakan politik yang berlaku di Isreal sekarang, tidak memberi manfaat sedikit pun terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pembebasan daripada cengkaman kerajaan zionis Yahudi.

Menurutnya semua parti di negara haram itu beranggapan perjuangan dan ideologi zionis perlu dipertahankan demi kelangsungan Israel.

“Walaupun parti di sana mempunyai pelbagai fahaman termasuk haluan kiri dan kanan serta berlaku pergolakan politik sekarang, namun mereka tetap bersatu dan sepakat untuk mempertahankan negara Isreal,” katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan pemimpin pembangkang Isreal, Yair Lapid dari parti Yesh Atid mendakwa berjaya membentuk gabungan politik baru yang bakal mengakhiri kerajaan Benjamin selama 12 tahun.

Lapid mendakwa berjaya menarik sekurang-kurangnya lapan parti di negara itu, dari sayap kiri hingga sayap kanan termasuk parti konservatif Islam yang bergabung dalam koalisi pemerintahannya.

Jika pembentukan koalisi Lapid tersebut disahkan badan legislatif, Parlimen Israel, ia akan mengakhiri pemerintahan Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel yang memerintah paling lama dalam sejarah negara itu.

Kepemimpinan Netanyahu tengah berada di hujung tanduk setelah koalisi partainya, Likud gagal membentuk kabinet pemerintahan kerajaan biarpun mendapat suara majoriti pada Pilihan Raya Umum pada Mac lalu.

Parti Likud yang menguasai 30 kerusi dari 120 kerusi Parlimen Knesset bersama tiga lagi parti berteraskan keagamaan dan nasionalis, namun Netanyahu gagal mendapatkan sekurang-kurang 60 kerusi. – HARAKAHDAILY 9/6/2021

- Advertisement -