Kem Sg Besi rintis vaksinasi pandu lalu

KUALA LUMPUR: Kem Perdana Sungai Besi dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan Program Vaksinasi Pandu Lalu Peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM), yang akan dilaksanakan selama dua hari, bermula semalam.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain berkesempatan untuk meninjau pelaksanaan program yang bermula seawal jam 8:30 pagi tadi. 

Program yang dilaksanakan di Dataran PTD, memberikan penumpuan kepada 1,200 warga TDM, ahli keluarga serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Advertisement

Mereka selaku penghuni kediaman di Kem Perdana Sungai Besi, diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin ini.

Program vaksinasi ini adalah sejajar dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang berkehendakkan hampir 80 peratus populasi rakyat Malaysia divaksin, sekali gus memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Lawatan ‘turun padang’ pimpinan TDM sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke – 28 iaitu “Keutuhan Organisasi”.

Ia memberikan penekanan kepada aspek kesepaduan dan kebersamaan. – HARAKAHDAILY 8/6/2021