Takziah atas pemergian Syeikh Abdul Wahab Al-Dailami

- Advertisement -

RASA sedih menyelubungi suasana tatkala mendapat perkhabaran pemergian Syeikh Abdul Wahab al-Dailami pada 26 Mei 2021 Masihi bersamaan 14 Syawwal 1442 Hijrah yang lalu akibat jangkitan wabak pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga bersabar dan redha atas ujian ini. Beliau merupakan sahabat saya ketika menuntut ilmu di Universiti Islam Madinah suatu ketika dahulu.

Seorang yang berjasa besar kepada dakwah Islam khususnya ketika beliau menjawat posisi sebagai mantan Menteri Kehakiman Yaman dan salah seorang pengasas organisasi al-Tajammu’ al-Yamani li al-Islah. Selain itu, beliau juga terkenal dengan Fatwa al-Dailami dalam bidang keilmuan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Almarhum, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 30/5/2021

- Advertisement -